Monday, July 7, 2008

O M A H A M S Corp.

Inilah nama syarikat milik dua orang bapa saudara saya. Nama ini dipilih sempena nama aruah ibu dan bapa mereka. Omar & Hamidah. Dua beradik ini memang sangat erat sejak kecil lagi. Untuk mendapatkan berkat maka lahirlah sebuah syarikat bernama O M A H A M S - 'S' for Success. Ianya juga terdiri daripada initials dua beradik ini iaitu -AM & MS.

OMAHAMS sudah beroperasi sejak 2004. Saya mulai menyertai syarikat mereka sejak bulan September 2007. Banyak yang telah saya pelajari daripada mereka berdua. Seorang daripadanya ialah bekas Pengurus di Maybank dan seorang lagi ialah seorang Ir. Laksamana TLDM (bersara).

Hari ini adalah hari bersejarah di Omahams Corp. Beberapa minit tadi, saya menerima panggilan daripada Pero-5 MINDEF. Kami diberitahu kami telah berjaya dalam salah satu tender yang kami sertai pada bulan Februari yang lalu. ALHAMDULILLAH SYUKUR...

Masih jelas di ingatan hari sebelum menghantar tender dokumen tersebut. Kami berempat (AM, MS, isteri MS dan saya SA) stay di pejabat sehingga pukul 6pagi. Menyiapkan tender dokumen tersebut. Pastikan semuanya lengkap dan perfect. Tak sia-sia.

Saya sayang syarikat ini kerana saya sayang kedua-dua bapa saudara saya... dan juga mereka telah menjajikan kenaikkan pangkat dan juga gaji.. yuuhoooo..!

No comments: