Saya memang ada masaalah tentang undang-undang baru ini.
Yang kelakarnya, ia dikecualikan bagi pemilik kereta Kancil dan Kenari yang tahun production-nya sebelum tahun 2001. Saya punya SLK adalah termasuk golongan itu (SLK-small little kancil).
Adakah ini bermaksud, sebagai pemandu SLK, nyawa penumpang belakang tidak begitu dikira? Of course dikira! tapi semuanya tertakluk kepada cara cara si pemandu memandu. Saya baca di surat khabar dahulu, Kerajaan menyuruh manufacturer kereta yg disebut di atas supaya memberikan perkhidmatan pemasangan tali keledar belakang secara percuma. Tengoklah nanti dia bagi tak percuma.
Membeli kereta 7-seater tidak termasuk dalam senarai Wish List saya di bawah. Kerana ia tersangat luar dari kemampuan saya. Disinilah masaalah saya bermula:-
Anak saya 4 orang. Kereta saya hanya mempunyai 3 tempat duduk di belakang. Bila offer pasang tali keledar percuma kluar nanti, tempat duduk belakang akan saya pasang tali pinggang. Tapi hanya 3. Dimanakah saya hendak letak yang seorang lagi? Kalau riba sure kena saman.
Kalau ditinggalkan, merajuk dan mungkin akan memberi kesan jangka masa panjang.
Adakah ini bermaksud sesiapa yang mempunyai anak lebih dari 3 HARUS membeli kenderaan 7-seater? Kalau wang saya banyak mungkin bolehlah beli.. tapi bagaimana pula keluarga keluarga lain yang berpendapatan rendah dan punyai anak lebih dari 3? Undang undang punya pasal, family outing harus difikir 2 kali sebab kereta tak muat. Sedarkah the effect it will have on the children? Family bonding is very important!
Kereta jenis MPV bukannya murah. Minyak kereta dah lah mahal. Kalau pandu kereta-kereta MPV sure telan minyak bergelen-gelen. Inilah dilema yang rakyat Malaysia lalui sekarang. Cost of living naik tapi gaji tak naik.
Mungkin Kerajaan Malaysia akan mengeluarkan undang-undang baru berikutan undang2 di atas. Bahawa rakyat Malaysia hanya boleh mempunyai tidak lebih dari 3 orang anak. Seperti di negara Jepun dan Singapura. Unless you drive a MPV, then dikecualikan.
Undang undang ini dibuat kerana kata mereka kemalangan yang membawa maut bertambah setiap tahun. Maka timbulah undang2 pakai tali keledar belakang supaya jumlah kematian dapat dikurangkan. Adakah langkah ini akan berjaya? Bukankah Kerajaan patut meneliti perangai pemandu2 di Malaysia ini yang kekadang berlagak macam bagus?
Saya rasa Kerajaan harus mengkaji semula sekolah sekolah memandu di Negara ini. Di situlah lahirnya pemandu Malaysia. Terutama sekali anak2 muda yang baru mendapat lesen memandu, secara otomatik menjadi 'Gila Stereng'. 'Road Rage'. 'Road Bullies'. Sekarang ni pemandu lori dan bas pun berlagak macam raja di jalanraya.
Tapi Kerajaan tidak mahu pergi ke situ. Instead dia suruh pakai tali pinggang kalau tak nak maut.
Ini hanya pendapat saya. Anak saya no 4 nak duduk mana?
No comments:
Post a Comment